About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
This is a one-stop site where i will post entries about my life, as generally as my interest(s), updates and mostly on how i see things that's happening around me. Some entries might be emotional-fused, so please don't judge me, for i am just being true to myself.

Thursday, August 25, 2011

Share


Cerita Mengenai Tupai.





Ada beberapa jenis tupai di bumi ni. Ada tupai yang baik, ada juga tupai yang sederhana dan sudah semestinya ada tupai yang jahat. Walau bagaimanapun, ada satu lagi jenis tupai yang jarang disebut oleh kita. Tupai yang jarang disebut ini bukanlah kecil dari segi bilangannya, malah jumlahnya tersangatlah besar sehingga kita langsung tidak menyebut tentangnya. Tupai jenis ini adalah dari spesis "Tupai Yang Tersangatlah Hebatnya Melompat Akhirnya Jatuh Ke Muka Bumi". Pendek kata kita boleh memanggil tupai jenis ini sebagai "Tupai Hebat".


"Tupai Hebat" ini telah jauh meninggalkan tupai-tupai lain dari segi perwatakannya. Pendek kata, "Tupai Hebat" ini boleh dikatakan merangkumi kesemua tupai-tupai yang lain. Hendak dikata baik, tak juga. Hendak dikata sederhana, tak juga. Hendak dikata jahat, tidak juga. Peribadi "Tupai Hebat" ini sangatlah tidak dapat dikenali jika dikaji dengan pemikiran yang sederhana, ataupun baik. Kenapa? Kerana "Tupai Hebat" sangatlah handal melompat. Tupai-tupai lain yang tidak dapat menjadi setanding "Tupai Hebat" terus tertinggal jauh dibelakang. Alangkah kasihan sekali tupai-tupai dari spesis lain itu.


Ramai tidak berani memperkatakan perihal "Tupai Hebat" ini kerana ramai yang telah menjadi mangsanya. "Tupai Hebat" ini jenis yang tidak peduli tentang tupai-tupai lain kerana baginya mungkin tupai-tupai lain yang tidak pandai melompat sehandalnya bukanlah satu perkara yang diminatinya. Entah kenapa tupai-tupai lain selalu menjadi mangsanya. Sangatlah kasihan. "Tupai Hebat" juga mampu berada dimana-mana yang ia suka. Kadang-kadang berada diatas pokok bersama Tupai Baik. Kadang-kadang dengan Tupai Sederhana. Sekejap pula dengan Tupai Jahat. Mungkin juga kadang-kadang ia berada bersama burung gagak. Itulah kegemilangan "Tupai Hebat". Lompatan ia sangatlah jauh. Tak terlihat dengan mata kasar. Lalu "Tupai Hebat" akan berasa bangga dengan pencapaiannya.


Walaupun "Tupai Hebat" ini sangat bangga dengan apa yang ia ada, tetapi "Tupai Hebat" ini bukanlah jenis yang agak berani apabila berdepan dengan masalahnya. "Tupai Hebat" sangat pandai memberi helah, walaupun tupai-tupai lain tahu bahawa helah-helah "Tupai Hebat" tersebut berunsurkan penipuan. Tupai-tupai lain terpaksa terima sahaja helah-helah tersebut dan secara tak langsung makan hati. "Tupai Hebat" selalu berkata bahawa ekornya pendek dan tidak sepanjang tupai-tupai lain, walhal secara terang, ekor "Tupai Hebat" sama panjang dan cantik dengan tupai-tupai lain. Mungkin dengan berkata sedemikianlah "Tupai Hebat" dapat meraih populariti dengan simpati yang diperoleh dari kalangan tupai-tupai yang agak lemah fikirannya. Kasihan. Selalunya mangsa "Tupai Hebat" iti adalah dikalangan Tupai Baik.




Tupai Baik selalu terpaksa makan hati dengan tindakan "Tupai Hebat". Entah kenapa Tupai Baik yang tidak pandai melompat itu sangat sayang dan sanjung kepada "Tupai Hebat" itu. Mungkin kerana "Tupai Hebat" itu cantik dimata Tupai Baik? Mungkin kerana Tupai Baik ingin membuktikan kepada "Tupai Hebat" yang dunia ini lebih baik jika sekalian tupai jujur dalam perbuatan mereka. Agak sukar bagi Tupai Baik melaksanakan niatnya. Tupai Baik kemudiannya membesar sebagai Tupai Sederhana. Pada masa ini, Tupai Sederhana sudah boleh mengagak arah lompatan "Tupai Hebat" ini, walaupun Tupai Sederhana masih ketinggalan. "Tupai Hebat" yang sudah selesa dangan raihnya itu semakin lama semakin kurang memberi perhatian kepada tindak tanduknya yang semakin jelas di mata tupai-tupai lain. Ianya menjadi semakin jelas apabila sedikit demi sedikit Tupai Sederhana secara tidak sedarnya berada dibelakang arah loncatan "Tupai Hebat" walaupun dahan pokok yang digunakan oleh Tupai Sederhana tidak sama dengan dahan yang dipijak oleh "Tupai Hebat". Sedarinya bahawa Tupai Sederhana hampir berdekatan dengannya, "Tupai Hebat" secara kebiasaannya mengugut Tupai Sederhana. Tupai Sederhana yang tergamam dan hampa itu, telah patah semangat. Tupai Sederhana berhenti melompat buat beberapa hari kerana telah hilang semangat. Lompatan Tupai Sederhana jauh lebih kecil berbanding lompatan ia yang penuh semangat sebelum ini. "Tupai Hebat" pula melompat hebat seperti biasa walaupun ia berasa bersalah juga dengan Tupai Sederhana tersebut. Akan tetapi, "Tupai Hebat" perlu berbuat begitu agar ia mendapat apa yang ia mahukan.



Tupai Sederhana juga bukan jenis yang berputus asa, namun apakan daya setelah beberapa kali diperlakukan begitu dan hatinya tidak lagi ingin menjejaki "Tupai Hebat" tersebut dan mencari arah tuju lain yang ia rasakan sesuai dengannya.

Tupai Sederhana yang masih lagi menyanjugi "Tupai Hebat" walaupun ia sendiri tidak tahu mengapa ia sedemikian. Perasaan kasih pada "Tupai Hebat" tidak pernah hilang selepas setiap kali "Tupai Hebat" melukakan hatinya dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dipertuturkan



"Tupai Hebat" masih melompat. Pada masa ini "Tupai Hebat" sudah mula minat bergaul dengan Tupai Jahat. Spesis Tupai Jahat ini tidak mempunyai pendirian hidup. Ia tidak memikirkan soal maruah diri dan hanya mahukan keseronokan hidup. Tupai Jahat tidak peduli dengan perkara baik atau buruk sebaliknya ia jenis mementingkan diri sendiri. Walaupun begitu, spesis Tupai Jahat adalah lebih baik jika dibandingkan dengan "Tupai Hebat" kerana sejahat-jahat ia, ia akan mengaku tentang kesilapannya dan sangat jarang menuduh tupai-tupai lain. "Tupai Hebat" tidak sedemikian. Baginya semua perkara boleh diperubahkan mengikut citarasa ia.



Itulah kehebatan "Tupai Hebat".





Bersambung...