About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
This is a one-stop site where i will post entries about my life, as generally as my interest(s), updates and mostly on how i see things that's happening around me. Some entries might be emotional-fused, so please don't judge me, for i am just being true to myself.

Friday, May 15, 2009

Mungkin Tak Bisa - Faizal Tahir

Share







Dear readers, this song keeps playing in my head for about 8 months or so now. I just can't seem to shake it off my head because of the melody and the lyrics. His singing suits my mood and character, i guess.


This song frequently reminds me that in a relationship, there will always be problem of saying how much we love him/her and thus making me wonder if it's going to happen to me ; and it did happened. This song teaches me to be more careful in future/ present relationship and somehow i did manage to express myself just like the song express through its meaningful and beautiful lyrics.


So, i would like the readers/audience to listen to this song, and feel it. I know you will like it, because i did. Thanks for reading, folks.


Here is the lyrics to that beautiful song.




Mungkinku tak bisa mencintamu
Dengan cara seperti yang kau mahu
Namun aku masih masih lagi
cuba untuk mendapatkan mu

Mungkinku tak bisa memahami
Tiap tanda kata yang telah kau beri
Namun aku masih masih lagi
Cuba untuk mendekatimu
Kan ku ungkapkan kata cinta
Untuk selamanya

Kau sememangnya cinta
Membuatku rindu padamu
Mahuku agar kau tahu
Kaulah segala yang indah
Dengarkan jeritan batinku
Kan ku tahu yang kau tahu

Mungkinku tak bisa melihatmu
dengan cara yang seperti yang kau mahu
namun aku cuba kan ku cuba
untuk dapat bersama denganmu
kan ku ungkapkan kata cinta untuk selamanya

Dan aku masih cuba untuk mendapatkanmu
dan aku masih cuba untuk mendekatimu
dan aku masih cuba untuk memahamimu

Kau sememangnya cinta
Membuatku rindu padamu
Mahuku agar kau tahu
Kaulah segala yang indah
Dengarkan jeritan batinku
Dan ku tahu yang kau tahu






My emotional state : Glad that i found love...

Berkemungkinan menjadi terma baru dalam kamus Dewan Bahasa Pustaka.

Share
Macam ni...Aku ni bukanlah suka mengumpat tak tentu pasal, aku memang jarang mengumpat sebenarnya. Kenapa aku cakap macam tu? Iya lah, sebab aku ni selalu terdengar orang mengumpat orang lain depan aku, maka aku pun secara 'live' nya ter-dengar lah, dan ter-faham lah pulak isi-isi kandungan dan maksud-maksud tersirat, apa lagi maksud tersurat dalam proses itu. Apa yang lagi best, kalau masa mereka-mereka itu sedang asyik mengumpat, mengkeji dan memfitnah sesama manusia sejagat(hahahhaha!!!), biasanya secara spontan juga mereka-mereka itu akan mengajukan soalan-soalan pendek dan memerangkap aku yang sudah sedia maklum terperangkap dalam situasi tersebut. Antara soalan-soalan popular yang secara norma kehidupan yang mereka-mereka akan tanya aku yang ialah :


"Betul tak, Syam..?"
atau
"...kan, Hisyam...?!"


So, untuk menjaga hati mereka, aku akan kata :


"...betul, kot...?"
atau
"...iyeeeeee....."
(Yang kelajuan dan panjang sebutannya mencapai 50 km/sejam, dan 8 haraqath)




Anyway, one day while i was menyibukkan diri depan komputer ofis aku yang sangat laju gila terbabas tu, aku pun tiba-tiba dan spontan rasa macam nak mengumpat, mengkeji dan memfitnah juga. Ye lah, kalau performance komputer kita tu, bila TERLAMPAU LAJU, kita akan cenderung untuk mengamalkan "Sambil menyelam, minum air" dan sambil menyelam dan minum air tu, aku dengan selambanya"melepaskan batuk di tangga". Mana tidaknya...bila aku run application Adobe Illustrator CS2 je, komputer aku itu pun secara automatik akan terbatuk-batuk macam aku yang dah terbatuk-batuk di tangga tadi. Dah la aku terbatuk di tangga, pastu terjatuh tergolek-golek macam badak air yang tak jumpa air selama 7 minggu, pastu tangga tu pulak hempap aku. "Sudah terjatuh, dihempap tangga" pula...Padahal, semasa waktu kejadian malang itu,mana ada tangga dalam bilik aku tu!


Anyway, tiba - tiba sahaja perasaan nak menambah dosa tu muncul...So, untuk dipendekkan cerita, aku pun membuka bicara bersama seorang wanita cantik itu....


Well, aku ingatkan tak panas topik tu, rupa-rupanya, panas juga...Topik itu sedang hangat di bincangkan di hampir semua kubikel yang terdapat di tempat aku bekerja itu.


Rasanya tidak perlu lah aku menceritakan secara terperinci isi-isi kandungan sesi mengumpat aku itu di sini. Nanti ramai yang akan label aku ini sebagai seorang kaki umpat, malaupun di kaki aku tiada mulut. Kalau kaki aku ada mulut, dah lama aku jadi seorang ventriloquist yang berjaya!



Isu yang aku ketengahkan tersebut lebih kepada sifat beberapa individu yang bekerja dibawah bumbung yang sama dengan aku, walaupun aku tidak pernah jejakkan kaki aku yang ada mulut ini di bumbung itu. Walau apa pun yang aku buat dengan kaki aku, ia tiada kena mengena dengan entry aku kali ini. Landasan kereta api telah bengkok dan aku hampir-hampir terkeluar dari landasan itu, sambil memakan ais krim magnum berperisa vanilla yang disalut dengan coklat dan ditaburkan beberapa keping kecil kacang almond yang akan menyebabkan aku kena gout lagi...What the fork (and spoon)?!



Berbalik kepada entry aku yang asal, iaitu mengenai sifat beberapa individu yang bekerja dibawah bumbung yang sama dengan aku itu. Mereka ini boleh dikatakan mempunyai sikap atau sifat "Ada udang di sebalik batu".
Kepada sesiapa yang tidak faham dengan ayat perumpamaan ini, anda boleh dikatakan sebagai "katak di bawah tempurung"...Atau pun frodo yang dibawah cawan popcorn.

Perumpamaan "Ada udang di sebalik batu" itu bermaksud, dalam erti kata lain yang dipermudahkan ialah seseorang yang ada niat lain disebalik tindakannya.






Zoom, fwoosh....(dipendekkan serita...)




Setelah habis mengumpat (what-everrrr...), aku dan si seorang lagi manusia yang ada mulut di kaki itu (wanita cantik), telah memutuskan bahawa, kami ingin memberikan satu kata nama khas bagi manusia-manusia yang berperangai sebegitu sebagai PENGUDANG. Seronok jugak dapat memberikan nama sebegitu rupa kepada mereka-mereka itu. Aku dan si wanita cantik itu terkinja-kinja gelak sampai nak terkoyak baju aku di kawasan perut ini. Sedia maklum, aku ini mempunyai perut yang sangat comel dan menjadi kegilaan wanita seluruh dunia. What...?!

Ambulans dah stand by di perkarangan ofis aku tu, sebab kalau aku terbahak-bahak gelak, aku akan semput dan terbatuk-batuk macam itik tercekik buah bidara yang sedang ranum.







Justeru itu, ini adalah suatu contoh penggunaan perkataan baru iaitu PENGUDANG itu :



Dialog antara Hafiz dan Liza (bukan nama sebenar)



Hafiz : Eh, Liza...Cuba u tengok si Sara tu. Kenapa dia menempel dengan bos kita tu...Mesti dia mengudang tu...Menyampah i tengok, tau...!

Liza : Ala, macam lah u tak tau perangai pengudang perempuan tu..?! Merengkot-engkot tak tentu pasal. Nak naik pangkat lah tu...! Eiiii!!! (sambil merenyukkan surat rasmi yang sepatutnya ditandatangani oleh Ketua Jabatan mereka)


(Mereka berdua ni aku label sebagai Pengangsalawar. Iaitu mempunyai kebolehan luarbiasa untuk memanjangkan leher seperti angsa dan boleh mendengar perbualan orang lain dalam frekuensi paling rendah.)





Anyway, ada moral disebalik coretan aku yang nampaknya semakin lama, semakin tiada makna ini...Tapi biarlah pembaca-pembaca faham sendiri lah. Aku kalau menulis ni, tidak menjadi diri aku sendiri kalau tidak membuat orang lain terfikir sendiri.

For me, let the viewers/readers justify their own view on the matter. Later on, if they ask me, and i ask for their opinion about the entries, i will know for sure whether i succeed in making they think or otherwise.


Nasihat aku : Jangan lah menjadi sorang yang suka mengudang. Sebab perangai pengudang ni biasanya tidak ihklas dalam menjalankan sesuatu itu, dan sebenarnya aku benci perangai itu.



Smirk...!







This is a picture of me sleeping on a conversation with a friend. While texting, i fell asleep.