About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
This is a one-stop site where i will post entries about my life, as generally as my interest(s), updates and mostly on how i see things that's happening around me. Some entries might be emotional-fused, so please don't judge me, for i am just being true to myself.

Sunday, August 9, 2009

Kemarahan yang bertukar menjadi tawa.

Share
Okay lah...satu je nak diceritakan disini...Aku taktau lah nak kata benda ni kelakar di mata orang lain, tapi perkara yang membesarkan kemaluan (tahap malu, okay...?!) aku ni. Jadi perkara ini agak kelakar pada aku. Cuma nak kongsi je. Mana tahu, boleh dibuat pengajaran ke. Untung badan, boleh je jadikan ia sebagai satu subjek teras di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Malaysia ini. Maaflah jika bahasa yang aku pakai ni tidaklah seformal mana. Cukup sekadar di pinggiran je.




Disini aku ingin menceritakan secara mukadimah yang agak panjang sedikit. Saja nak tengok, kalau-kalau ada yang meleleh air liur kat depan komputer tu. Untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan tohmahan-tohmahan selamba ungka dari teman-teman aku yang lain, aku telah menamakan individu-individu dalam post aku kali ni sebagai huruf sahaja. Maklum sahaja lah dengan sebab-sebab munasabah aku ini.



Pada hari kejadian, aku telah bertemu dengan seorang teman di PWTC, Kuala Lumpur. Dia datang dari Pantai Timur, atas urusan peribadi yang tidak perlu aku ceritakan disini, abang N. Aku pergi menemui abang N, yang pada masa itu seorang kawan aku yang lain kebetulan mahu ke Shah Alam atas tujuan peribadinya, Si A...

A telah menghantar aku ke lokasi sepatutnya aku dan abang N bertemu itu. Setelah mengucapkan terima kasih dan segala benda lain yang sepatutnya aku berkasih dengan A, kami pun menuju ke arah tujuan masing-masing.
Aku pergi menemui teman dari jauh tersebut, manakala A terus ke Shah Alam.

Aku ketemui abang N pada sekitar jam sekitar 6.15 petang Ahad tersebut. Kami berborak mengenai pelbagai benda ; dari perkara yang paling tidak serius kepada perkara paling serius, yang diselangi dengan gelak tawa yang hampir mengilai dari aku kerana teman aku, abang N adalah seorang yang sangat melucukan...Ada sahaja ayat-ayat aku dipatahkan olehnya. Mesti ada sahaja yang silap, walaupun ayat-ayat yang dikemutkan oleh mulut aku ini sudah betul tatacara penggunaannya. Memang menguji kecekalan hati betul, si Abang N itu. Hahaha...Tapi dia memang betul-betul baik.



Aku dan abang N telah bertukar menjadi kaum Nomad kerana telah berpindah randah dari satu tempat duduk ke lokasi lain. Mungkin kerana perangai aku yang cukup senang rimas dengan orang-orang dan keadaan bising disekeliling...Cuba bayangkan, masa kami duduk di satu kedai kopi itu, dikiri ku tiada racun, dikanan ku tiada madu. Kosong je, jadi boleh lah kami berborak sesuka hati dengan sesedap rasa tanpa segan silu dan tanpa tapisan mana-mana lembaga...Tetiba je ada datang satu kumpulan seramai 3 orang (remaja) yang berusia awal 20an duduk di meja sebelah kiri. 2 lelaki dan 1 perempuan. Yang 2 lelaki tu ok je lah, tak pulak nak tumpang dengar perbualan kami...Yang si perempuan itu, sangat menjengkelkan aku...Siap sahaja aku menghabiskan satu patah perkataan, dia tengok aku. Habis je aku mengilai, dia tengok aku. Sampai aku nak bakar rokok kat muncung aku tu pun, dia tengok...kalau setakat tengok tu, takpe lah...ini siap buat muka macam cuka tiruan yang dah tamat tarikh luput...tak ke rosak pemandangan yang dah sememangnya tak berapa nak cantik kat situ..hehehee...


Aduh...!Apa masalah minah ni..? Aku terfikir. Ada aku kutuk dia atau sahabat handai dia ke...? Nak kata aku ni muka perogol bersiri pun, bukan. Sebab aku rasa aku tak cukup ganas nak jadi orang yang bersiri-siri ni...Nak kata aku ni artis yang terlampau Diva pun tak...Underwear model? Sangat tidak diluluskan...Lagi lah tak masuk akal kalau dia ingat bulu mata aku melentik macam udang kena goreng....Abis u, tenung macam tu kenapa?

Aku rasa, dia baru lepas kena berak burung la...dah tu je yang aku boleh terfikir, sebab masa tu aku dah separuh kurang waras melayan abang N. Air mata aku dah berbaldi-baldi bertakung. Siap ada ikan emas berenang lagi dalam tu.

Terasa begitu menghampehkan betul bila berada dekat dengan orang yang suka jaga tepi kain orang lain ni... Sangat pengangsalawar! Ya! Sangat bertepatan.

Tapi tak kisahlah kan...aku bukan nak cerita panjang lebar pasal dia...buat penat je aku nak menaip ni.Ahahahaaa..




Jadi, dipendekkan cerita, pada hari yang menarik tu, abang N belanja aku dari saat aku pijak je jubin lantai PWTC, sampai lah ke saat dia nak balik semula ke Pantai Timur. I was very the segan... Hahahaha!!! Ye lah, ada ke patut dia, sebagai tetamu aku, dia pulak yang belanja aku...tapi tak kisah lah kan...Dia insisted. Siap berebut bill note lagi! Lain kali aku akan belanja dia sampai dia merayu kat aku supaya jangan order apa-apa lagi dah...hehehehe!!!

So, perpisahan sementara pada masa itu betul-betul buat aku rasa hampeh. Sebab aku dah sebulan tak dapat rasa gembira dan gelak tawa macam tu... Terima kasih abang N.... :)

Kami pun menghala ke arah tujuan masing-masing selepas itu, dan aku pula menunggu kawan aku si A itu untuk datang, pulang ke Kuala Lumpur dari Shah Alam di tempat yang sama dia turunkan aku petang tadi. Ada bersama A ialah dua lagi adik-adik kandungnya. A sampai tidak lama kemudian setelah aku dan abang N berpisah arah tuju.



Kebetulan pada waktu itu, A rasa dirinya tidak berapa sihat untuk memandu, jadi aku lah manusia yang boleh menggantikan tempat sebagai pemandu bertauliah itu. Wah~~~~~~ heheehee!!!


Jadi, baiklah. Aku pun memandu kereta A dengan penuh berbudi bahasa dan sangat berhemah sekali...Bermula dari PWTC aku memandu kereta itu dengan lancar walaupun kenderaan lain sangat banyak diatas jalan...Sambil itu aku pun berborak-borak dengan A dan adik-adiknya untuk menghilangkan mengantuk kerana aku sudah berada si luar rumah sehari suntuk. Keadaan aku pada masa itu adalah seperti Ultraman Tiga yang sedang kehabisan tenaga dan LED di dada aku telah pun berkelip-kelip warna kemerahan...Tandanya bateri nak kena cas la...

Jadi pandu punya pandu, kami telah pun memasuki jalan di Setapak, iaitu antara jalan yang sangat sibuk di Ibu kota ini.

Oh, biasanya aku akan memandu kereta Proton Saga BML aku. Saga ni mcm Proton-Proton lain gak...Semuanya reversed indicator. Maknanya, secara kebiasaannya, kereta-kereta lain, kalau hendak memberi isyarat arah, tombolnya (tombol kerw?) berada di belah kanan manakala tombol (tombol kerw?)pengelap cermin (wiper) berada di sebelah kiri...


Nak dijadikan cerita, semasa sedang meluncur dengan kelajuan yang sangat minima, ada satu kereta (tak ingat lah pulak kereta apa...) dari simpang sebelah kiri, tetiba sahaja keluar tanpa rasa segan silu dan penuh bermaruah! Apa lagi, aku kebetulan sedang agak hampir ke alam ketiduran tetiba sahaja menjadi sangat marah, lalu aku ingin 'menembak' mata si pemandu yang agaknya sedang mabuk bercinta dalam kereta dia tu dengan high beam kereta yang aku sedang pandu dengan penuh bangga itu.

Aku jerit : "Setan kau! punyalah P**im**, har** ja**h (dan saudara mara perkataan itu)!!! Jaga kau!!! Aku 'tembak' kau!!!"

Terkebil-kebil bebudak yang duduk di kerusi penumpang di belakang...aku pun satu hal jugak...sengal batu! Tak teringat pulak bebudak tu ada kat belakang...sian telinga mereka sebab terdengar aku mengucapkan perkataan yang berunsur umpat, keji dan fitnah. Hish...!

Jadi, tanpa membuang masa yang umpama emas yang tak pernah membuat aku sangat kaya itu, aku pun menjerit 'Ambik kau!!!' tanpa rasa berasa malu, dimana sebenarnya aku yang ditembak!!!

Aku sendiri pun terkejut sampai hampir hilang kawalan kewarasan diri apabila aku sendiri yang 'menembak' muka aku dengan air! Lah, rupa-rupanya aku tertarik tombol yang salah...aduh malunya diri ini...aduhai...siap wiper tolong lap lagi cermin kereta yang aku sedang pandu itu...

Bebudak kat belakang tu, dari perasaan ingin mencampakkan aku keluar melalui tingkap itu tadi, terus gelak segila 'Ba Alif Ba Ya'. A pun tumpang sekaki. Adeh...apalah nasib aku...!

Terus je aku jerit 'Shut up!" kat bebudak tu. Padahal bukan marah sangat pun. Aku sendiri rasa nak baling diri aku keluar dari tingkap kereta A tu. Ahahhaaaa!!! Besar kemaluanku...



Itulah yang terjadi pada aku pada malam Ahad tersebut...adeh...walaubagaimanapun, aku bersyukur dapat meluangkan masa dengan abang N dan A pada hari tersebut. Kalau tidak, memang aku dah meroyan kat rumah aku tu...hehehehee....



Sekian untuk kali ini...renung-renungkan dan jangan terlebih beramah...hehehehee!









Moral : Check dulu signal indicator tu kat sebelah mana...