About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
This is a one-stop site where i will post entries about my life, as generally as my interest(s), updates and mostly on how i see things that's happening around me. Some entries might be emotional-fused, so please don't judge me, for i am just being true to myself.

Tuesday, May 11, 2010

Sebabnya apa?

Share
Hai, apa khabar semua...?


Lama rasanya tak buat entry dalam bahasa melayu. Tak tahu lah kenapa, bila sahaja nak mula menulis, semuanya tak kena. Bukan aku tak hormat dan sayang terhadap bahasa ibunda, cuma selalunya bila menulis dalam bahasa melayu, aku jadi terlebih aktif menekan keyboard. Mungkin juga sebab banyak perkara yang terbuku di hati, maka bila terdetiknya niat menulis dalam bahasa melayu, banyak perkara yang aku terlepas tulis, sama ada secara sedar atau tidak.

Untuk pengetahuan, entry ni dah lama sangat duduk dalam draft. Sebab aku rasa belum sesuai untuk di pertontonkan, sebabnya terlalu banyak perkara yang perlu ditapis, kerana aku takut disalah erti kelak. Bukan apa, biar lambat, asal selamat. Eh, boleh ke macam tu? (Blog aku, suka hati aku, lah...!) ;)



Macam ni lah, sebenarnya bahasa Inggeris aku taklah selancar dulu, semasa di sekolah rendah dahulu, sebabnya aku tak berkawan sangat dengan kaum melayu. Bila difikirkan kembali, aku sendiri rasa hairan. Aku lebih cenderung bertemankan kaum cina dan india sebab aku rasa lebih senang berada dalam kelompok tersebut. Disekolah rendah, sebegitu. Dirumah, arwah ayah akan selalu berbahasa Inggeris, sampaikan aku selalu terbawa-bawa dalam pertuturan aku seharian dengan rakan-rakan bukan melayu. Tapi tak lah pulak aku terus menerus macam tu, sebab yang kelakarnya, kadang-kadang aku sendiri tak faham apa yang aku tuturkan. Rasanya aku ni lebih memerhatikan respon orang-orang disekeliling aku, maka respon-respon tersebut akan secara semulajadi melekat di kepala. Sebab tu kadang-kadang orang akan kata aku ni sarkastik, padahal aku tak rasa macam tu pun. Mungkin mereka tak biasa dengan cara aku lah, kot? Dalam tak faham tu, melekat jugak jadi kawan-kawan aku. Siapa yang tak faham siapa, sekarang? :)



Maka, tujuan aku menggunakan bahasa inggeris sebagai pengantaraan adalah kerana, aku semakin tak pandai bertutur dalam bahasa inggeris, secara lisan, amnya. Aku sendiri pun pelik bila memikirkan tentang perkara ni. Aku lebih cekap menulis dalam bahasa inggeris dari bertutur dalam bahasa itu. Entah, susah nak kata kenapa. 80% muzik, buku dan bahan rujukan aku adalah dalam bahasa inggeris. Suka aku lah...! :)




Sebenarnya, dalam aspek blogging ni, aku takut berbahasa melayu. Sebabnya kadang-kadang apa yang aku tulis tu sangat berbaur dengan perasaan aku. Bila menulis dalam keadaan beremosi, aku takut disalah ertikan. Punca aku ber-blog ni pun sebenarnya atas syor teman-teman rapat, yang prihatin dengan masalah aku. Sebenarnya bukan masalah apa pun, cuma aku ni cepat naik darah. Teman-teman rapat risau aku melepaskan amarah melalui cara-cara lain. Boleh dikatakan, aku cepat melenting, sampai kadang-kadang tu orang yang hampir tak bersalah pun aku boleh jadikan sasaran melepaskan perasaan. Maaf lah ye, kepada sesiapa yang pernah terkena angin kus-kus-semangat aku ni. Susah jugak bila ada 2 semangat dalam satu jasad ni. Jangan tanya apa maksudnya. Fikir sendiri. Ni bukan sesi soal jawab. Nak kena baling dengan parang? hehe...




Ni aku nak cerita sikit tabiat semula jadi aku masa muda-muda dulu. Tak la tua sangat pun aku ni, tapi pengalaman dah macam orang tua dah pun, sebab aku selalunya akan berkawan dengan orang-orang yang berumur lebih 30 tahun ke atas. Entah, dari dulu lagi aku lebih minat mendengar pengalaman orang2 yang lebih tua dari aku. Untuk belajar dari pengalaman mereka, agaknya. Sampai sekarang ni pun, mak aku pun agak pelik juga bila aku bawak kawan-kawan datang ke rumah yang rata-ratanya boleh dikatakan, mak aku boleh panggil mereka adik. hahaha. Dah mak aku muda lagi, haruslah... :) Dah la teman aku yang paling rapat tu berumur (** tahun) [Rahsia, mana boleh bagitau] :)


Pendek kata beza umur aku dengan dia adalah 10 tahun. Oh, rindu betul aku nak tengok dia menangis. Bukan apa, dia tu akan menangis setiap kali dia gelak terbahak-bahak. Memang istimewa betul teman aku tu. Yang membuatkan kami lebih serasi, kami akan berbahasa Inggeris pada kebanyakkan masa sebab kami memang mahu meningkatkan keupayaan bertutur dalam bahasa inggeris. Hahaha. Kadang-kadang bila tersilap tersasul tu, kami pun gelak mengilai la. :)

Pendek kata, walaupun aku cintakan negara, aku juga lebih cintakan diri aku sendiri. Kalau tiada satu, maka tidak akan ada dua. Maknanya, kalau setiap individu disekeliling kita sentiasa mahu memajukan diri sendiri demi diri dan negara, maka tiada salahnya mempraktikkan perkara-perkara yang boleh meningkatkan kemampuan sendiri. Pulak tu, zaman sekarang, yang besar akan makan yang kecil. Jadi, faham-faham sendiri lah. :)




Memberi jawapan: Walaupun jiwa aku memberontak, jiwa seni aku tetap takkan hilang, sebab seni itu BEBAS. Aku suka kebebasan. Aku tak pernah suka diarah...